Perasmian SUKMA Sarawak 2024
18 Ogos 2024 | Aktiviti TerkiniPerasmian pembukaan Sukan Malaysia (SUKMA) yang berlangsung di Stadium Negeri Sarawak dibuka dengan meriah dan dilangsungkan dengan penuh gemilang. SUKMA edisi ke 21 ini menyaksikan Sarawak sebagai tuan rumah.
Lebih 40,000 penonton yang hadir perasmian pembukaan itu dan ramai mula membanjiri Stadium Sarawak seawal jam 3 petang demi untuk memastikan tidak terlepas peluang majlis perasmian yang gilang-gemilang itu.
SUKMA XXI Sarawak 2024 menyaksikan 37 jenis sukan dipertandingkan membabitkan 488 acara terdiri daripada 236 acara lelaki, 217 acara wanita dan 35 lagi acara campuran lelaki dan wanita.
Semua acara melibatkan sembilan bahagian iaitu di Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: